Manusia adalah mahkluk Allah yang terbaik kerana dicipta dengan sebaik-baiknya berbanding mahkluk Allah yang lain. Berdasarkan Islam sebagai agama yang sahih ini, maka sawajarnya umat Islam menjadi model dan contoh terbaik kepada penganut-penganut agama lain dalam mempamerkan kualiti hidup yang terpuji. Bagaimanapun kualiti Islam sebagai agama yang sahih dan umat Islam sebagai manusia yang terbaik telah tercemar kerana terdapat umat Islam mengamalkan sifat-sifat yang tercela atau keji. Malah amalan sifat-sifat tercela berlaku di masjid seperti pembaziran penggunaan air, pembaziran dalam pengambilan makanan, memandu laju di jalan raya, menipu pengguna dan sifat-sifat keji yang lain.
Apa yang nyata apabila kita mengamalkan sifat-sifat terpuji bererti kita memelihara iman dan Islam. Salah satu akhlak mulia yang dituntut olah Islam ialah berbuat baik atau tidak membuat sesuatu yang membawa mudharat dan kerosakan. Ibu bapa, pendidik dan pemimpin mestilah berusaha membentuk anak-anak mereka, murid-murid mereka dan pengikut mereka supaya membuat perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain atau tidak mendatangkan kemudharatan kepada orang lain. Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77:
Bermaksud: “Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah), dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan."
Sebenarnya dorongan kita antuk mengamalkan sifat-sifat terpuji adalah sebagai usaha mengukuh hubungan baik dengan Allah SWT kerana kebaikan yang Allah beri kepada kita amat banyak. Hubungan baik manusia dengan Allah SWT bermula apabila kita memiliki iktikad dan kepercayaan yang benar terhadapnya. Dialah satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Keyakinan dan iktikad terhadap Allah hendaklah benar-benar dibersihkan daripada fahaman dan amalan syirik serta kufur.
Sebagai umat Islam yang terbaik maka sawajarnya kita sentiasa bersifat terbuka untuk meningkatkan keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT, bagaimanapun kita perlu ingat bahwa keimanan boleh berkurang dan menjadi lemah dengan perlakuan maksiat atau melakukan perbuatan keji
Hakikatnya wajib ke atas setiap manusia berusaha untuk memelihara keIslamannya dan menguatkannya dengan mengerjakan segala perintah Allah. Salah satu daripada akhlak terpuji manusia yang disayangi oleh Allah SWT ialah mereka membalas kejahatan orang lain dengan kebaikan. Sikap seperti ini umpama api yang menyala dan membakar akan terpadam apabila disirami air. Demikianlah kebaikan yang dilakukan oleh seseorang akan membuat hati yang keras menjadi lembut dan menimbulkan keinsafan tentang kejahatan yang dilakukan.
(Surah Fussilat ayat : 34-35)
Bermaksud: “Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melayankan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.”