Friday, November 13, 2009

Harga Sebuah Kehidupan



Pada hari ini, darjat kehidupan manusia terdiri daripada pelbagai golongan iaitu golongan kaya, golongan pertengahan, golongan miskin dan golongan yang terpinggir. Sudah menjadi adat kehidupan golongan yang berpendapatan tinggi dan berpangkat mendapat sanjungan, penghormatan dan di pandang hebat oleh masyarakat. Oleh itu untuk mengejar nilai kehidupan, ada di kalangan mereka sanggup merasuah dan membeli gelaran-gelaran tertentu. Kadang kala golongan ini yang dilihat mempunyai harga diri yang tinggi sebenarnya mempunyai ruang terbuka luas mengumpul kekayaan dan maju ke hadapan secara tidak sah.

Adapun golongan miskin dan terpinggir pula kelihatan kurang mendapat sanjungan sebagaimana yang diperolehi golongan kaya atau atasan. Manakala golongan bawahan sering mendapat laluan sukar dan terpaksa berhempas pulas mencari kesenangan hidup. Ini adalah lumrah kehidupan. Persoalan besar timbul ialah apakah perbezaan taraf hidup itu menentukan harga atau nilai kehidupan manusia.

Kita sering mendengar, malah dipaparkan dalam media massa mengenai kisah-kisah sedih penganiayaan, penzaliman, perhambaan terhadap golongan bawahan seperti amah atau pembantu rumah. Ini adalah salah satu contoh harga atau nilai hidup yang dialami golongan bawahan atau miskin dalam usaha mencari rezeki halal dan sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan. Adalah amat menyedihkan, golongan yang mempercayai diri yang bernilai tinggi bersikap sombong dan bongkak sanggup melakukan kezaliman tanpa alasan yang benar.

Firman Allah SWT dalam surah asy-Syura ayat 42:
Maksudnya: "Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

Sekali imbas, dunia dirasakan tidak selamat kerana golongan yang kuat menindas yang lemah dan terdapat golongan yang kaya tamak haloba memburu kekayaan sama ada secara sah atau rasuah. Laporan dan pendedahan terbaru Ketua Audit Negara mengenai penggunaan wang rakyat membuktikan bahawa terdapat pihak-pihak tertentu menunggu peluang untuk menyalahguna dan mengaut keuntungan daripada wang rakyat.

Apakah ini nilai atau harga sebenar dalam kehidupan kita?. Hakikatnya, Allah SWT telah banyak memberikan kita kesempatan iaitu sejak dilahirkan sehingga saat ini. Allah telah memberikan kita segala-galanya tanpa kita pinta. Tetapi jarang kita mensyukurinya kerana sesetengah dari kita merasakan itu adalah hasil jerih payah dan penat lelah kita sendiri.
Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:

" Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi dianggap sebagai kaufur nikmat."( Hadtih Riwayat At-Tabrani)

Kita bertanggungjawab dan perlu bersifat amanah sepenuhnya terhadap kehidupan manusia atau nasib diri kita sendiri. Terdapat dua langkah meningkatkan nilai dan harga diri kita.
Langkah pertama adalah dengan mengenali dan mengembangkan potensi yang ada di dalam diri kita sendiri. Langkah kedua adalah dengan memahami matlamat hidup kita di dunia ini supaya segala amalan yang kita lakukan lebih terarah dan selari dengan kehendak hukum syarak.
Kadang kala sifat khianat dan perbuatan buruk menjatuhkan integriti dan harga diri manusia. Sifat khianat ini biasanya wujud pada golongan yang kurang nilai keimanannya. Lebih jelas lagi, sifat khianat ini merupakan antara ciri-ciri orang munafik yang disifatkan sebagai orang yang melanggar janjinya dan menodai kepercayaan yang tersemat dalam jiwanya. Malah Allah SWT telah melabelkan orang yang khianat itu sebagai sejahat-jahat makhluk yang amat dimurkai Allah.

Harga dan nilai sebenar kemuliaan seseorang tidak terletak pada taraf kekayaan atau kebesaran pangkat seseorang. Nilai dan harga diri yang berdasarkan kekayaan atau pangkat adalah sementara sahaja. Bagaimanapun dalam Islam harga diri adalah berdasarkan ketakwaan dan keimanan seseorang. Sifat ketakwaan ini akan menentukan nilai dan harga diri seseorang itu mulia di sisi masyarakat dan Allah SWT sepanjang masa.

Rasulullah SAW pernah menegaskan dengan sabdanya yang bermaksud:
" Tidak mungkin berkumpul iman dan kufur dalam jiwa seseorang, dan juga tidak mungkin pula bersatu sifat jujur dan dusta padanya sekali gus sebagaimana tidak mungkin bersama sifat khianat dan amanah padanya dalam satu masa." (Hadith Riwayat Ahmad).

Kesimpulannya, sifat ketakwaan dan keimanan wajib dihiaskan dalam setiap peribadi muslim, terutamanya para pemimpin, ketua jabatan, pekerja, ibu bapa dan anak-anak. Dengan itu, diharapkan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik dan dapat memacu kecemerlangan dan menjamin kesejahteraan hidup di dunia. Sebaliknya jika sifat khianat yang menjadi budaya, maka ia adalah isyarat berbahaya yang hanya mengundang masyarakat dan bangsa ke arah kehancuran dan kebinasaan.

Tuesday, October 27, 2009

2 Tahun Solat

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit31536000 Detik


Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th

“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun


50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam




12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama………!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya……

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “


Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…!
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…



Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian…………

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana…………

Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat

Thursday, September 10, 2009

Email dari Sahabat

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah.
Sebuah kisah saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya: Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur .
Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Ka su t dan bajunya selalu kotor.

Setiap kali saya bertanya tentang baju dan ka su tnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan .
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.

Dia tinggal disebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan ka su tnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia su dah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan ka su t sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan ka su t yang ada. Maafkan saya, cikgu."

Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,"Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang>guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2>berikut; i. Solat su nat
ii. puasa su nat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 ke su sahan orang lain >vii. membantu orang su sah

Friday, August 21, 2009

Ramadhan 1430H . Andai Ini Yang Terakhir


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KU LAKUKAN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......

Wednesday, July 29, 2009

A Beautiful Hadith

A Beautiful Hadith
Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.
"Mengapa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga x sempurna
Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tak pernah jujur"

Friday, July 3, 2009

Hati Seorang Ibu

Islam amat memuliakan ibu dan kemuliaan ibu menduduki tempat ke-dua selepas mentaati Allah s.w.t. Justeru, Allah s.w.t. telah mewajibkan anak-anak memulia dan menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama .
Allah Azza Wajalla juga secara tegas mengharamkan segala bentuk penderhakaan kepada kedua-dua orang tua selagi ibu bapa berada atas landasan syarak. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah al-Israa’:23)
Adalah satu hakikat bahawa ibu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding bapa . Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan anak-anak lebih mengasihi, dan mengingati serta sering menyebut nama ibu berbanding bapa. Jika sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Kalau ingin tidur, kita mahu ibu yang tidurkan. Kalau ingin berkahwin, ibu juga yang kita risaukan.
Malah sehingga saat menghadapi kematian pun, kita akan menyebut nama ibu.Kuatnya ingatan anak-anak kepada ibu ialah kerana ibulah yang mengandungkan kita, ibu yang menyusukan kita, ibu yang menyuapkan kita makan dan minum, ibu yang mendodoi dan menidurkan kita, ibu yang membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita. Oleh itu, wajarlah Allah s.w.t. memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Luqman ayat 14:Maksudnya: “ Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”
Fahamilah bahawa ibu bapa adalah perantara yang menyebabkan kita berada di dunia ini. Mereka terlalu banyak berkorban tenaga, masa dan harta demi kebahagiaan anak-anak. Sedarilah bahawa ibu bapa kita kini telah tua, lemah tenaga, kabur penglihatan dan kurang pendengaran. Mereka sangat mengharapkan pertolongan dan perhatian anak-anak. Gembiralah ibu bapa andainya mereka di kasihi dan dimuliakan dan hancurlah hati ibu bapa jika kita menderhakainya.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar dan tidak mungkin kita dapat menebusnya.
Dalam hal ini, Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sesudah selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?.Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.
Hari ini kita seharusnya merasa dukacita kerana masih terdapat kes penderhakaan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat kita terhadap ibu. Antaranya ada yang menunjukkan k edegilan melawan cakap ibu, lari meninggalkan rumah kerana tidak suka dinasihati ibu, membiarkan ibu yang sakit bersendirian, meminggirkan ibu tanpa khabar berita, mengherdik ibu, mengkhianati harta benda ibu, menjadikan ibu sebagai orang gaji, malah ada yang sanggup memukul ibu .
Apa yang ganjilnya, ada segelintir dari kalangan kita yang berebut-rebut mencium tangan orang lain tetapi jarang sekali mencium tangan ibu sendiri yang sebenarnya ada keberkatan. Insaflah, perbuatan menderhakai ibu bapa akan mendatangkan kecelakaan kepada kita di dunia dan di akhirat. Di dunia kita akan menerima giliran diderhakai oleh anak-anak kita, dan begitulah seterusnya .
Manakala di akhirat akan menerima kemurkaan Allah Azza Wajalla. Ini selaras dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:Mafhumnya: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka). ”
Marilah kita bersegera mengubat kerinduan ibu sebelum mereka didatangi ajal. Gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakanlah doa keampunan kepada mereka . Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja.
Inilah kewajipan anak-anak yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya :Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Sural al-Israa’
:24)

Sunday, March 1, 2009

Tolong Ingatkan Saya

TOLONG INGATKAN SAYA
Tolong ingatkan saya
Andai aku terlupakan
Tuhan Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan
Tolong ingatkan saya
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan
Tolong ingatkan saya
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan
Tolong ingatkan saya
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh hindustan
Tolong ingatkan saya
Di mana islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat dan dijarangkan
Tolong ingatkan saya
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran
Tolong ingatkan saya
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan saya
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan
Tolong ingatkan saya
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan

Allah berfirman yang bermaksud:“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran ” Surah Al-Asyr

Jika manusia itu mahu berfikir, mereka tidak akan terdampar ke dalam penyesalan yang tiada berkesudahan . Pada waktu kaya, mereka ingat bahawa kekayaan itu tidak akan kekal sehingga mahu dimanfaatkan kekayaannya itu dengan baik. Sebab ingat bahawa pada suatu masa nanti dapat berganti dengan kemiskinan yang tiada diduga. Seandainya perkara ini terjadi, maka tiada penyesalan baginya, sebab memang sebelumnya telah dibayangkan di mana kehidupan dunia ini penuh dengan segala kemungkinan yang tidak seorangpun yang dapat mengetahui.